Friday 30 December 2011

NOTIS MESYUARAT AGUNG KOPERASI KHALIFAH JIWA

Rujukan : KJ/001/1211/004
Tarikh : 27 / 12 / 2011


KEPADA SEMUA BAKAL ANGGOTA


Y. Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan :



NOTIS MESYUARAT AGUNG PERMULAAN KOPERASI KHALIFAH JIWA SELANGOR BERHAD

ADALAH DENGAN INI DIMAKLUMKAN bahawa Mesyuarat Agung Permulaan bagi Koperasi Khalifah Jiwa Selangor Berhad akan diadakan pada masa dan tempat seperti berikut:

Tarikh : 14hb Januari 2012 (Sabtu)
Waktu : 2.00 petang - 5.00 petang
Tempat : Dewan Al-Malik Faisal,
Pusat Asasi UIA, Jalan Universiti,
46350, Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:
1. Setiausaha Ahli Lembaga Penaja KKJ memulakan mesyuarat dengan Perlantikan Pengerusi Mesyuarat.
2. Pengerusi Mesyuarat mengambil tugas dan memulakan mesyuarat.
3. Memohon persetujuan menubuhkan koperasi
4. Menerima pakai Undang-Undang Kecil Koperasi yang dicadangkan
5. Membentangkan dan meluluskan Belanjawan
6. Menentukan Had Maksimum Keterhutangan Koperasi
7. Pemilihan Anggota Lembaga Koperasi (ALK)
8. Perlantikan Panel Juruaudit Luar
9. Meluluskan elaun-elaun kepada ALK
10. Melantik dan Memberi kuasa kepada 4 orang ALK dan 6 orang Anggota bagi menandatangani Permohonan Pendaftaran KKJ.
11. Mesyuarat ditamatkan

Kehadiran Y. Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan ke Mesyuarat Agung Permulaan dan seterusnya menjadi ahli koperasi ini amatlah dihargai. Dengan itu, Y. Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan diminta untuk membuat pengesahan kehadiran menggunakan borang yang disertakan bersama-sama dengan Notis Jemputan ini.

Sekiranya Y. Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan mempunyai usul untuk dikemukakan di dalam Mesyuarat Agung ini; Usul-usul tersebut hendaklah diemelkan kepada Setiausaha Penaja (azlinazainal85@gmail.com) dalam tempoh 7 hari sebelum tarikh Mesyuarat Agung akan diadakan (selewat-lewatnya 6hb Jan 2012).

Sekian. Wassalam.


Yang Menjalankan Tugas, KOPERASI KHALIFAH JIWA SELANGOR BERHAD



NOORAZLINA ZAINAL Setiausaha, Jawatankuasa Penaja

No comments:

Post a Comment