Monday 28 November 2011

Koperasi Khalifah Jiwa

Latar Belakang

KOPERASI KHALIFAH JIWA SELANGOR BERHAD (Dalam Penubuhan) atau secara ringkasnya akan dikenali sebagai "KOPERASI KHALIFAH JIWA” bermatlamat untuk mewujudkan persekitaran perniagaan yang mapan dan meningkatkan kepentingan ekonomi untuk setiap anggotanya mengikut prinsip-prinsip koperasi dengan menjalankan aktiviti berlandaskan sistem muamalat Islam.

Keutamaan KOPERASI KHALIFAH JIWA adalah menjaga kebajikan anggotanya dan  membentuk satu kesinambungan perniagaan yang sentiasa memberi manfaat dan faedah kepada anggotanya.







Logo








Visi

Memantapkan Ilmu Pengetahuan Ke Arah Kemajuan Diri Dan Negara Dengan Menjadi Koperasi yang Efektif, Maju, Amanah dan Komited (EMAK)





 

Misi

KOPERASI KHALIFAH JIWA akan mengunakan segala sumber yang dimiliki secara EFEKTIF untuk menghasilkan produk dan perkhidmatan yang berkualiti

KOPERASI KHALIFAH JIWA beriltizam untuk MAJU menerusi pencapaian prestasi kewangan, kepimpinan dan keanggotaan yang teguh

KOPERASI KHALIFAH JIWA akan berusaha memenuhi AMANAH dengan melaksanakan program-program yang boleh meningkatkan ilmu pengetahuan setiap anggota

KOPERASI KHALIFAH JIWA KOMITED untuk berkongsi pulangan dari sumber yang berteraskan syariat Islam

 

Aktiviti-aktiviti

Diantara perniagaan yang akan diceburi termasuklah bidang pendidikan, perhotelan, peruncitan, dan perikanan. Disamping itu juga KOPERASI KHALIFAH JIWA akan menyediakan skim simpanan dan deposit serta juga pembiayaan peribadi

Pusat Kepimpinan Khalifah Jiwa, menawarkan perniagaan kursus dan latihan kepada badan korporat, agensi kerajaan dan pihak yang berminat.

Pusat Pendidikan Khalifah Jiwa, menjalankan program francais Tadika Children Islamic Centre (CIC) dan juga kerjasama dengan Al-Baghdadi Learning Centre untuk aktiviti belajar Al-Quran dan Fardhu Ain.
 
Hotel Seri Malaysia merupakan aktiviti perniagaan francais perhotelan yang menawarkan penginapan kos sederhana kepada pengunjung.

Pusat Industri Perikanan Khalifah Jiwa menguruskan kolam-kolam ikan yang diusahakan secara komersial dan moden.

Pusat Industri Halal Khalifah Jiwa mengusahakan industri pemprosesan dan pembungkusan makanan untuk pasaran halal dalam dan luar negara.

Pusat eMuamalat Khalifah Jiwa menyediakan khidmat peruncitan dan pengedaran maya.






Hubungi Kami

Sekiranya ada pertanyaan berkenaan cadangan penubuhan koperasi ini, bolehlah diemelkan kepada:
 
khalifahjiwa@gmail.com